KTMB Open Day at Ipoh Railway Station (16 Sep 2023)

KTMB Open Day at Ipoh Railway Station (16 Sep 2023)Expired

 

13 Sep, 2023




*KTMB OPEN DAY 2023 PADA 16 SEPTEMBER 2023 DI STESEN KERETAPI IPOH*

KTMB Open Day 2023 akan diadakan di Stesen Keretapi Ipoh pada 16 September 2023, Sabtu bermula jam 10.00 pagi.

Program anjuran Jabatan Komunikasi Strategik bersempena sambutan Hari Malaysia 2023. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti edaran bendera dan pin Malaysia Madani, pertandingan mewarna, face sticker, pemberian belon, hadiah misteri dan pameran eksklusif oleh Malaysian Railway Fan Club (MRFC) serta penampilan khas maskot KOMI.

Barangan cenderahati eksklusif dan edisi terhad dari Rail Boutique Merchandise  juga ada dijual dan reruai promosi KTMB juga turut dibuka sepanjang program berlangsung.

Pada 16 September 2023, juga merupakan hari pertama KTMB akan melanjutkan operasi perkhidmatan tren KTM Komuter Utara ke Ipoh melalui laluan Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas hingga ke Ipoh. 

Jom #OrangKeretaApi bersama-sama hadir ke Program KTMB Open Day  2023 di Stesen Keretapi Ipoh dan mohon uar-uarkan program ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.

 

KTMB Open Day at Ipoh Railway Station (16 Sep 2023)


 
 

Promotion Period: 16 Sep 2023

Never miss a deal! 🚀

Join our channels for instant promo updates: